Just another free Blogger theme

Powered by Blogger.

Thursday, February 20, 2014

Assalamualaikum dan  salam sejahtera,

Hari ini ramai di antara kita yang mencari-cari peluang perniagaan terutamanya perniagaan online untuk menambah pendapatan. Tetapi masih ramai juga yang gagal memahami sebenarnya apa itu perniagaan online yang akhirnya menjebakkan diri mereka kepada skim-skim buat duit yang ternyata menipu mereka. Kebanyakan mangsa penipuan di internet adalah kerana mereka sendiri tidak memahami bagaimana buat duit daripada internet. Benar, ada usahawan internet yang menjana puluhan ribu dan ratusan ribu ringgit sebulan hanya melalui perniagaan internet dan bukannya pelaburan internet. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa perniagaan online adalah salah satu cara atau jalan pintas menjana pendapatan lumayan daripada bisnes online  yang mereka sangkakan boleh terjadi dalam satu malam! Ini tidak benar dan harus di perbetulkan supaya tiada lagi laporan-laporan yang mengaitkan perniagaan internet dengan sesuatu skim cepat kaya yang sememangya mencari mangsa seperti mereka.

Cuma di sini ingin di tekankan bahawa peluang perniagaan khususnya melalui internet adalah terlalu banyak kerana ianya bersifat worldwide dan tidak tertumpu pada satu-satu negara sahaja. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai ushawan internet di Malaysia atau luar negara menjana puluhan ribu ringgit sebulan hanya melalui internet. Jadi, bagaimana buat duit online sebenarnya?

1. Affiliate
Ia adalah konsep di mana anda mempromosikan produk orang lain untuk mendapatkan komisyen daripada jualan yang terhasil. Ia adalah bisnes model yang paling mudah dan popular di internet kerana pada asasnya anda tidak perlukan sebarang modal untuk menjalankan perniagaan ini. Walaupun ia adalah bisnes model paling mudah yang boleh di lakukan di dalam perniagaan internet, ia juga adalah yang paling sukar pada kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan internet.

Program Affiliate
Terdapat banyak Program Affiliate yang di tawarkan sama ada di Malaysia atau di Luar Negara untuk mereka yang ingin menjana pendapatan melalui internet. Ashadee.com (dulu di kenali sebagai jomniaga.com) adalah Program Affiliate pertama di Malaysia yang sepenuhnya menjadi platform untuk usahawan-usahawan internet mempromosikan produk mereka di internet selain daripada program-program affiliate persendirian yang di anjurkan. Clickbank.com dan JvZoo.com adalah contoh Program Affiliate yang popular di seluruh dunia kerana memang terbukti ramai usahawan-usahawan internet menjana pendapatan lumayan daripada platform tersebut. Saya akan berikan sedikit tips bagaimana mempromosikan produk affiliate pada post akan datang.

 2. Google Adsense
Google adsense juga adalah salah satu medium menjana pendapatan melalui online yang tidak kurang hebatnya jika kena pada caranya. Ia konsep di mana anda mendapat sedikit keuntungan daripada iklan yang di paparkan pada website atau blog anda setiap kali pelawat klik pada iklan yang di paparkan. Dan iklan yang di paparkan juga adalah bersesuaian dengan topik atau niche yang ada pada blog atau website anda. Ia juga merupakan program buat duit online yang mudah tetapi juga memerlukan usaha yang tinggi untuk mendapatkan pendapatan yang konsisten.

3. Program Dropship
Program dropship juga adalah antara peluang perniagaan yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khsususnya. Ia seakan program affiliate kerana anda mempromosikan produk orang lain untuk mendapatkan keuntungan. Jika affiliate hanya mempromosikan produk melalui link khas yang di berikan, program dropship pula adalah mempromosikan produk orang lain tanpa perlu anda menyimpan stok (ia melibatkan produk fizikal). Tugas anda hanya melakukan promosi dan mengambil tempahan daripada pelanggan anda. Seterusnya urusan penghantaran barang atau produk akan di uruskan sepnuhnya oleh pembekal. Bagaimana mendapat keuntungan? Pastikan anda mengikuti blog ini untuk kupasan dan artikel yang lebih mendalam nanti.

3. Program Paid To
Ini adalah program buat duit yang sering kali berada pada tahap penipuan yang agak tinggi dan di sarankan kepada anda yang ingin menyertai program seperti ini membuat penyelidikan yang teliti supaya anda tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan sesetengah program seperti ini. Program paid to terdiri daripada Paid To Click, Paid To Survey, Paid To View Email dan sebagainya. Di Malaysia, program seperti ini yang boleh anda sertai adalah seperti Clickpay.my dan untuk pasaran luar negara adalah Clixsense.com dan Neobux.com

Senarai peluang perniagaan yang di nyatakan di atas adalah contoh beberapa peluang buat duit online yang boleh anda lakukan serta merta tanpa perlukan modal yang besar atau menggunakan modal permulaan yang sedikit untuk kos pemasaran tetapi mempunyai keuntungan atau margin yang tinggi. Walaupun begitu, jika anda baru berjinak-jinak di dalam perniagaan online, di sarankan anda mempunyai pengetahuan yang cukup supaya masa dan usaha anda berbaloi untuk menambah pendapatan di internet. Ini kerana sudah banyak terbukti ramai yang gagal dan akhirnya mengalami kerugian di dalam perniagaan internet ini.

Tips Bagaimana Buat Duit Online
  1. Pilih peluang perniagaan internet yang betul. Mempuyai risiko rendah dan mudah di jalankan. Saya menyarankan anda boleh bemula dengan Program Affiliate di Malaysia seperti ashadee.com.
  2. Pilih produk atau perkhidmatan yang menjadi kekuatan anda. Program Affiliate di ashadee.com menawarkan puluhan produk daripada pelbagai kategori untuk anda promosikan.
  3. Tumpukan atau fokus pada satu atau dua produk terlebih dahulu.Fahami produk dan lakukan beberapa strategi pemasaran yang berkesan.
  4. Jika anda menggunakan strategi pemasaran asas, hasil yang mungkin di perolehi agak lambat tetapi ia berkesan untuk jangka masa panjang.






Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat. Contact me 123@abc.com

1 comment:

  1. I just got to this amazing site not long ago. I was actually captured with the piece of resources you have got here. Big thumbs up for making such wonderful blog page! industri judi

    ReplyDelete